Pejam celik-pejam celik dah sampai ke Mesir
"Alhamdulillahi lazi hadana lihaza wamakunna linahtadiya law la an hadana Allah"
Itulah bagi saya satu ucapan yang layak saya ucapkan di ketika dan saat ini. Disaat melihat biah Ramadan yang hidup dan mempunyai ruh. Tanpa saya nafikan ada beberapa kelemahan di bumi mesir ini seperti tahap kebersihan yang amat rendah, namun di sebalik itulah ada mutiara-mutiara yang bersinar.
Jika masjid di Malaysia sibuk pada setiap malam mengira akan duit utk program berbuka puasa di masjid, namun di sini iaitu sebuah negara yang jauh lebih miskin dari Malaysia makanan ketika berbuka adalah "majanan" kerana ianya adalah "maidatur Rahman". Saya tidak menafikan akan suasana Ramadhan di tanah air penuh dengan ibadah, adanya tadarrus, adanya kuliyyah tapi di sini bagaikan ada satu kelainan berbanding di Malaysia. Bagi saya mungkin ruh dalam ibadat tersebut yang sangat mendalam.
Kebanyakkan amalan di Malaysia terutamanya di kampung adalah atas dasar adat dan budaya contohnya jika kita tanya pada kebanyakkan pak cik-pakcik masjid tentang mengapa perlu iftar jamie? apa dalam dalil iftar jamie? apa yang kita dapat darinya? dan ruh apa yang patut dibangkitkan didalamnya?
Saya akhiri coretan ini dengan dua kisah berlainan tempat.
1. Malaysia
Di malam pertama Ramdan ketika saya solat tarawikh di sebuah masjid. Maka diadakan ketika itu sesi tazkirah yang mengambil masa kira-kira 10 min. Namun ketika tazkirah sedang berjalan seorang pakcik yang berada bersebelahan dengan saya menyumpah- nyumpah sambil mengatakan (dengan suara kuat) "woi lama betul bercakap, ni nak solat ke nak berceramah! aku datang nak solat la!"
2.Mesir
Salah seorang sahabat saya disini ketika selesai solat sunat maka duduk sebntar utk berzikir. Tiba-tiba seorang pak cik mencampak 20 junaih ke arahnya. Maka rakan saya tu menyangka lelaki tersebut tercicir akan duitnya. Lalu ketika diberi kembali duit tersebut dia mengatakan "ini sedeqah dari aku utkmu".
Apa yang dapat saya simpulkan ialah sebenarnya Mesir ini adalah suatu tempat yang sangat hidup bukan dari sudut teknikalnya tapi dari sudut ruh keIslamannya yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung pada mereka yang berada disini. Cuba anda bayangkan jika biah atau suasananya saja sudah merupakan tarbiyyah pada diri kita bayangkanlah bagaimana pula murabbi-murabbi yang membina masyarakat disini sehingga terbentuk suasan ini.
Siapa nak ketahui dan rasai sendiri.. tafaddal ilal Misr
"masuklah ke dalam ngr Mesir, maka dengan izin Allah kamu akan selamat"
(Al- Quran)
No comments:
Post a Comment
Komen