Wednesday, September 2, 2009

Coretan Ramadan-Mesir

Pejam celik-pejam celik dah 11 hari ramadan

Pejam celik-pejam celik dah sampai ke Mesir

"Alhamdulillahi lazi hadana lihaza wamakunna linahtadiya law la an hadana Allah"
Itulah bagi saya satu ucapan yang layak saya ucapkan di ketika dan saat ini. Disaat melihat biah Ramadan yang hidup dan mempunyai ruh. Tanpa saya nafikan ada beberapa kelemahan di bumi mesir ini seperti tahap kebersihan yang amat rendah, namun di sebalik itulah ada mutiara-mutiara yang bersinar.

Jika masjid di Malaysia sibuk pada setiap malam mengira akan duit utk program berbuka puasa di masjid, namun di sini iaitu sebuah negara yang jauh lebih miskin dari Malaysia makanan ketika berbuka adalah "majanan" kerana ianya adalah "maidatur Rahman". Saya tidak menafikan akan suasana Ramadhan di tanah air penuh dengan ibadah, adanya tadarrus, adanya kuliyyah tapi di sini bagaikan ada satu kelainan berbanding di Malaysia. Bagi saya mungkin ruh dalam ibadat tersebut yang sangat mendalam.

Kebanyakkan amalan di Malaysia terutamanya di kampung adalah atas dasar adat dan budaya contohnya jika kita tanya pada kebanyakkan pak cik-pakcik masjid tentang mengapa perlu iftar jamie? apa dalam dalil iftar jamie? apa yang kita dapat darinya? dan ruh apa yang patut dibangkitkan didalamnya?

Saya akhiri coretan ini dengan dua kisah berlainan tempat.
1. Malaysia
Di malam pertama Ramdan ketika saya solat tarawikh di sebuah masjid. Maka diadakan ketika itu sesi tazkirah yang mengambil masa kira-kira 10 min. Namun ketika tazkirah sedang berjalan seorang pakcik yang berada bersebelahan dengan saya menyumpah- nyumpah sambil mengatakan (dengan suara kuat) "woi lama betul bercakap, ni nak solat ke nak berceramah! aku datang nak solat la!"

2.Mesir
Salah seorang sahabat saya disini ketika selesai solat sunat maka duduk sebntar utk berzikir. Tiba-tiba seorang pak cik mencampak 20 junaih ke arahnya. Maka rakan saya tu menyangka lelaki tersebut tercicir akan duitnya. Lalu ketika diberi kembali duit tersebut dia mengatakan "ini sedeqah dari aku utkmu".

Apa yang dapat saya simpulkan ialah sebenarnya Mesir ini adalah suatu tempat yang sangat hidup bukan dari sudut teknikalnya tapi dari sudut ruh keIslamannya yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung pada mereka yang berada disini. Cuba anda bayangkan jika biah atau suasananya saja sudah merupakan tarbiyyah pada diri kita bayangkanlah bagaimana pula murabbi-murabbi yang membina masyarakat disini sehingga terbentuk suasan ini.
Siapa nak ketahui dan rasai sendiri.. tafaddal ilal Misr

"masuklah ke dalam ngr Mesir, maka dengan izin Allah kamu akan selamat"
(Al- Quran)


Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Kareem..

Esok atau Lusa??

Tak tahu nak kata apa..
Perasaan bercampur baur..

"Takut dan Berharap"



Monday, August 17, 2009

Tips Membangun



Sudah 3 hari berlalu BTN.. berbagai pendapat manusia dan idea-idea yang bermain dalam kepala.. Semalam diadakan majlis doa selamat utk saya ke Mesir.. Maka disaat itu salah seorang mak cik saya bertanya pada saya.. "dapat apa dari BTN yang boleh dibawa ke Mesir?".. Mulanya tergelak namun fikir punya fikir perlu dicari atau disusun didalam kepala ni supaya 5 hari tersebut tidak dianggap buang masa..

Pada hemat saya, dari BTN tu dapat macam-macam.. cerita sana sini, duk kutuk sana sini, pandangan, persepsi dan lain-lain yang saya rasa malas nak cerita kat sini (kalau nak tahu jemput ke BTN).Satu yang ingin saya kongsikan ialah suatu bentuk cara fikir yang sepatutnya ada pada kita sebab sifat ini pon ada pada nabi-nabi terdahulu..

Kisah ini berlaku dizaman pembinaan ka'bah di zaman nabi Ibrahim, bukan saya ingin cerita kesuluruhan cerita namun Nabi Ibrahim ketika membina ka'bah baginda mempunyai suatu sifat.. apabila dia membina sebahagian maka dia akan berhenti kemudian melihat ka'bah dari jauh.. menilai mungkin ada yang bengkok atau mungkin ada kecacatan. Dan Nabi Ibrahim meneruskan sifat ini sehingga bangunan siap.

Ini sifat atau cara fikir yang saya dapat dari BTN. Ia mengajar saya supaya kadang-kadang bila gaduh kanan kiri.. duk kutuk kanan kiri.. duk syok buat macam-macam kerja cuba dok diam sebentar dan tengok sekeliling. Tengok apa yang berlaku secara kesuluruhan. Tengok ekonomi kita.. tgk masalah sosial kita. Jangan akhirnya kita sedar-sedar bangunan yang kita cuba bina dah runtuh.. atau tanah dah diambil orang.. atau tiada duit lagi untuk menyiapkan bangunan tersebut..

Saya rasa cara fikir ini sepatutnya ada pada semua umat melayu kita agar kemaslahatan atau kepentingan kita sentiasa dijaga.

"Takkan melayu hilang di dunia!"
melayu dalam perlembagaan diertikan Islam




Kursus Kenegaraan Mahasiswa Tajaan Ke Luar Negara | Kem Tg Rhu Sepang | 10-14 Ogos 2009

Thursday, July 16, 2009

World Player Of the Year!!

Pernah anda perhatikan piala ini? Saya rasa semua orang kenal akan piala ini atau pun setidak-setidaknya mengetahui serba sedikit tentang piala ini. Setiap tahun piala ini menjadi rebutan dikalangan para pemain bola sepak dan juga jurulatih-jurulatih yang ditugaskan untuk mengundi serta penonton yang ingin ketahui (walaupun pada hakikatnya mereka tiada kaitan). Tapi pernahkah anda terfikir apa sebenarnya yang melayakkan sesorang pemain meragkul piala ini? Cukupkah sekadar mampu menyepak bola dengan begitu kuat? Atau mengelecek sebanyak 10 orang?


Christiano Ronaldo(2008)

Anda kenal muka ini? Yang telah menarik perhatin berbilion manusia di muka bumi, yang menjadi idola berjuta-juta pemain bola samada yang dibangku sekolah atau yang bermain di tanah lumpur “berkakikan ayam”. Jadi berbicara tentang persoalan-persoalan yang saya timbulkan tadi saya rasa dan saya yakin bahwa semua orang yang merupakan peminat bola sepak dan yang fanatic akan katakan “tidak”. Jika ada yang mengatakan gol adalah punca untuk dapat pingat ini maka Fabio Cannavaro (pemenang 2006) telah menfikannya. Dia merupakan seorang “defender” yang telah dianugerahkan piala tersebut pada tahun 2006. Jadi apa ciri- ciri yang menyebabkan mereka layak merangkul pingat ini? Pada pendapat saya sebagai salah seorang peminat bola sepak, saya rasa ciri-cirinya ada 2:

1.Tangkas

(. cepat (gerak-geri), cekatan, cergas, cepat, pantas: ia berjalan dgn ~ ; 2. gesit, giat, sigap:perjuangan antara dua orang pahlawan itu sangat hebat, mereka sama ~ dan sama pandai;

2.Bijak

(sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2.pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~;

Bak kata orang putih:

“At the right moment and at the right place”

Ok, tu intronye. Jadi apa kaitan perkara ni dengan kita?? Lagi-lagi yang “kaki bangku”?? Sebenarnye pada pendapat saya 2 sifat ini sangat perlu ada pada kita semua, masakan tidak? Dalam keadaan banyak peluang-peluang serta pilihan yang ada akhirnya kita perlu tangkas dan bijak. Jadi “pemain bola” yang mengetahui bila waktu untuk “pass” dan bila waktu untuk “gelecek” serta bila waktu untuk “shoot”.

Saya sebenarnya cukup berminat dengan gaya main Berbatov( seorang pemain Manchester United) yang cukup tenang namun apabila dia mendapat bola semua defender jadi kelam kabut kerana takut akan passnya yang berbahaya dan sepakannya yang perlahan namun berbisa.

Jangan jadi seperti pemain bola Malaysia, yang masih lagi menilai pemain bola yang hebat adalah yang mampu sepak paling kuat akhirnya sukan bola sepak Malaysia kelihatan seperti pemainan rugby. Bukan pada ketika kita mendapat “bola” maka kita perlu terus menyepaknya pada “gol”, kita tengok sekeliling dahulu dan nilai dengan baik itulah yang dikatakan “bijak” namun tempoh waktu kita berfikir tidak boleh terlalu lama kerana ianya memberi peluang kepada pihak lawan untuk merampas bola.. itulah “tangkas”.

1.Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance”. (16:125)


2. "Go, both of you, to Pharaoh, for he has indeed transgressed all bounds;” "But speak to him mildly; perchance he may take warning or fear ((Allah))." (20:43-44)

sapa rasa cirinya banyak lagi sila kongsi

Tuesday, July 14, 2009

Selamat!

Selamat datang pada yang membaca!

Selamat datang pada yang menulis!

Selamat datang pada yang mengomen!

Selamat datang pada yang terclick!

Selamat datang pada blogger!

selamat..selamat.. dan selamat…

Selamat datang!

Selamat membaca!

Selamat berkongsi!

Moga kita selamat di dunia dan akhirat!

SALAMUN ALAIKUM

p/s:bukankah Islam itu dari perkataan “salama”??